Kesemua 14,305 jemaah Malaysia selesai melaksanakan ibadah Haji tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku.<br /><br />Menerusi laporan operasi tanah suci Tabung Haji (TH), daripada jumlah tersebut, seramai 5,795 jemaah telah meninggalkan Mina semalam, selepas melakukan nafar awal manakala selebihnya pada hari ini.